Isnin, 28 Disember 2009

Precious Moment With Beloved Children

Sejak 2 menjak nie, masa aku sangat terhad.
Dengan kerja yg bersambung-sambung, dari pagi bawa ke ptg sampai la ke mlm.
Sempat tgk anak² kejab je sebelum diorg tido. Tu pun klu diorg x tido awal.
Klu diorg tido awal, maknanya tunggu la esok mlm nya plak.
Sbb pagi² tu hubby dah bw diorg g umah mak.. :'(

Bila dapat bawa anak² g Desa Water Park aritu, aku rasa seronok sgt.
Rasa puas bila anak² ucap "terima kasih, ummi" kat aku.
Seronok dapat tgk diorg seronok. Bahagia sgt rasanya.
Hilang segala penat lelah aku sebelum nie.

Selain dari balik kampung pd Hari Raya Haji aritu,
ini je yang sempat aku buat utk anak² aku masa cuti sekolah diorg tahun nie.
Tempat nie je sempat aku bawa.
Untuk bercuti lama-lama, mustahil sebab aku ada komitmen lain.Align Center

Penting. Keluarga dan anak² sgt penting dan sgt berharga pada aku.
Akan aku cuba untuk terus membahagiakan anak² dan keluargaku
tanpa menyusahkan orang lain, selagi aku termampu, insyaAllah..

Detik-detik yang sempat dirakam sebelum camera woman terjun ke dlm kolam.. hihihi


* Video sebelum ini terpaksa di delete. Harap maaf.

Ahad, 20 Disember 2009

Fitnah!! Fitnah! Fitnah!

Fitnah!! Fitnah!! Fitnah!!
Dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh!
Tidak takutkah kau wahai manusia?
Tidak gentarkah engkau pada hukuman Allah?
Tidak gerunkah engkau pada janji-janji Allah?

Deria yang dianugerahkan olehNYA,
sepatutnya kau gunakan ke arah kebaikan..
Bukan menganiayainya sesuka hati engkau!
Semua itu pinjaman,
Sampai masa kau akan pulangkannya pada yang HAK!

Memfitnah sudahlah berdosa!
Mengadu-dumba,
Memporak-peranda silaturrahim,
Kau fikir itu pahala????

Astaghfirullah...
Tegar kau memfitnah dan cuba menghancurkan
hubungan silaturrahim yang telah sekian lama bersemi..
Apa sebenarnya mahumu?
Apa sebenarnya yang bisa membahagiakanmu?
Adakah dengan menghancurkan hubungan itu,
Kau akan rasa bahagia?
Dengan melaga-lagakan mereka,
Kau rasa suka?? ..tersenyum sinis aku..

Allah Maha Kaya!
Allah Maha Mengetahui!
Janji Allah itu benar! Hukuman Allah juga benar!
Bersabarlah wahai orang-orang yang teraniaya, Berdoalah..
InsyaAllah, janji Allah untuk memakbulkan doa-doa orang teraniaya pasti terlaksana!


"Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah terlebih dahulu akan kebenaran berita itu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."
(Al-Hujurat : 6)



Bila Diri Diuji

Terkadang kita leka
Terkadang kita alpa
Terkadang kita lupa..

Sedikit ujian dari Ilahi
Tersentap jiwa bila diuji

Mula rasa kesal di hati
Mula rasa sedih menghantui
Mula rasa kalah tak terperi

Kenapa rasa kalah bila diuji?
Sedangkan ujian diberi hanya untuk mengingati
Dia uji kerana menyayangi
Dia uji kerana sangat mencintai

Tidak mahu kamu terus lupa
Tidak mahu kamu terus leka
Tidak mahu kamu terus alpa

Terima kasih, Allah kerana masih menyayangi..


"Dan Allah sekali-kali tidak alpa dari apa yang kamu lakukan" (Al-Baqarah : 74)


Selasa, 10 November 2009

Teruskan!!

Semangat perlu kuat.
Kudrat perlu kental.
Iman wajib teguh.
Teruskan perjuangan.


Kata-kata itu pasti ada.
Pekakkan telinga.
Butakan mata.
Terangkan hati.
Agar bisa terus mengorak langkah berani.


Sabar.
Tabah.
Berani.
Kuat.
Korban........




myra kata :: Teruskan. Jgn pandang belakang. Di mana ada kehendak, di situ ada jalan.


AdeQ kata..

"Hidup ini sangat menyeronokkan bila kita 'enjoy' dengan cabaran dan dugaan hidup. Tetap tersenyum walau sedang berduka, tetap ketawa walau hati sedang bersedih.
Hidup jadi lebih seronok bila semua cabaran dan dugaan itu dapat kita tempuhi dan berakhir dengan kejayaan"..






myra kata : kesabaran & ketabahan kunci segala kejayaan, insyaAllah.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Fasa Baru

Bermulalah fasa baru dalam hidup aku.
Kena kuatkan semangat & moga Allah permudahkan segala urusanku, ameen.




myra kata :: alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Aidilfitri 2009 @ Finance & Admin


On last Tuesday, 6/10/2009, kami merayakan Aidilfitri 2009 di peringkat jabatan Finance & Admin. Majlis berlangsung di Dewan Perdana, UniKL MFI. Agak meriah. Banyak juadah yang dibawa oleh geng² Admin & Finance. Rasa seronok dpt berkumpul ramai² & bergambar seperti selalu. (^_^) Moga silaturrahim yg murni ini akan terus berpanjangan & kekal hingga akhir hayat, ameen.

myra kata :: happy + tertanya-tanya.. (-_-)

Aidilfitri 2009 @ Desa Putra


Tahun nie beraya di rumah bonda tercinta di Desa Putra, Kajang. Best. Tapi yg x bestnya x semua adik-beradik dpt berkumpul. Tahun nie sepatutnya giliran famili aku, famili andak (adik), famili ijai (abg yg sulong) & famili angah (kakak) beraya kt umah mak aku. Unfortunately, 2 ari sebelum raya anak andak, si Umar di masukkn ke wad di An-Nur. Doktor diagnosed dia ada kuman dalam darah. Demam yg berpanjangan seminggu sebelum tu. Makan antibiotic pun x recovered. Sian dia.. :'( Ijai pulak masih blom berbaik ng adik bongsu aku. Ada masalah communication cket tp ms ptg raya pertama tu ijai dtg juge ng famili dia. Kami cuba pujuk adik bongsu tu supaya meleraikan segala kekusutan. Unsangkerebel, berjaya! Setelah sekian lama, barulah adik aku tu nk bersalam ng abg aku tu.hihihi.. Dipendekkn citer, adik aku tu special cket. Dia mangsa Rubella & disbbkn itu, dia jadi org kurang upaya. Dia xdpt dpt mendgr & x bleh berckp. Kes dia ng abg aku nie lama dah. Tapi rajuknya bkn main lama lagik.. Finally, it's over!! Thanx GOD. Syukur Alhamdulillah (^_^) Pasni, Ijai bleh dtg umah mak bile² dia suke. Kalo dulu, xleh sbb adik aku ni akn marah & 1 kpg akn dgr sore dia..

Tahun nie aku x balik kelantan (kpg hubby aku). x bestnyerrrrrrrrrrrrrrrrr.. aku x rs suasana balik kpg. x suke! x suke! xsuke!! (*_*). Raya kt Desa Putra, 1 ari pun dh selesai ke semua rumah sedara-mara. Raya kedua dh g beraya kt Alamanda & Mines. Huhuhuuu..

myra kata :: raya haji nie baru balik kelantan. Hoooyeyyyy!!!

Selasa, 15 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

(Gambar raya tahun 2007. Lokasi :: Umah mak kt Sg. Merab)

Sebulan sudah kita berpuasa
Menahan lapar dan dahaga
Menguji kesabaran di jiwa
Sampai masa untuk meraikannya





Dalam pada kita bergembira
Jangan lupa pada yang tiada
Doa & ingatan terpahat sentiasa
Menemaninya sepanjang masa





Bila berbelanja jangan berlebihan
Jangan diikut perangai syaitan
Ingat pada yang tak berkemampuan
Sudilah kiranya dihulurkan bantuan





Selamat Hari Raya
Maaf dipinta
Pada segala kekhilafan yang tidak disengaja
Moga hari yang mulia di sambut bahagia..



Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Dari kami sekeluarga ::
Anuar B. Semail, Siti Raiha Mislan, Amerul Rifqi B. Anuar & Amira Syahmina Bt. Anuar

Khamis, 3 September 2009

Bintang Berdikari

Lihat itu!
Bintang berkelipan.
Terang sungguh malam ini.
Dengan kerlipan bintang-bintang.
.
Sedang asyik mendongak ke langit,
terfikir sejenak.
Di langit yang tinggi,
tanpa tali dan tempat berpaut,
Bintang tetap bersinar.
.
Sungguh indah CiptaanNYA.
Lihatlah keagunganNYA.
.
Bintang boleh sendiri.
Kenapa aku tidak?
Mulai hari ini,
aku perlu belajar berdikari.
Jangan berharap pada yang tak sudi.
Jangan dikejar apa yang belum pasti.
(myra kata :: Bintang menerangi malam, pelangi indah muncul selepas hujan turun)

Rabu, 2 September 2009

Payah!!


Payah.
Payah nak cakap.
Kalau cakap, takut terguris hati.
Kalau tak cakap, kita yang makan hati.



##


Sesedap mulut mengata orang.
Telinga mendengar, hati terguris.
Berusaha juga mengukir senyum.
Agar tidak diketahui pedih di hati.
Untuk tidak berbalah sesama sendiri.



**


Ingatan untuk diri sendiri.
Kalau berkata, fikirlah hati seorang manusia.
Di luar cuba disembunyikan perasaan jiwa.
Di dalam parah tak terhingga.
Setiap manusia ada kurangnya.
Semuanya tidak sempurna.
Terimalah hakikat itu.
Walau sepahit mana sekalipun ia.











(myra kata :: terkecil hati tp cuba dibesarkn semule hati itu sbb air dicincang xkn putus)

Selasa, 25 Ogos 2009

Serba-salah

Serba salah dibuatnya
Berterus-terang, takut berkecil hati
Bila berkias, tak pernah nak faham
Bila dibiarkan, makin menjadi-jadi
..
Sungguh! Aku dah bosan dengan semua ini
Tapi tak tahu bagaimana?
Bagaimana nak dia faham dan ngerti,
bahawa aku ada hak untuk melakukan semua itu
..


(myra kata :: umpama menarik rambut di dlm tepung; rambut x putus, tepung x berselerak..)

Ramadhan Lalu

.Terkenang Ramadhan yang lalu.
.Hati jadi rindu.
.noktah.


(myra kata :: sahur time!! da bomb**)

Rabu, 19 Ogos 2009

Bila Tiba Detik Itu..




... Hidup ini hanya sementara ...
.. Hargailah mereka yang berada di sekeliling ..
... Sayangilah mereka ...
... Luahkan rasa kasihmu ...
.. Peluk dan ciumlah mereka ..
.. Kerana bila sampai masa itu ..
... Kau takkan bisa melakukan perkara-perkara indah itu ...



.. Lemparkan setiap egomu ..
... Kikiskan perasaan kecewamu ...
.. Sembunyikan kesedihanmu ..
... Hapuskan air matamu ...
... Demi insan yang sangat kamu cintai ...
.. Sinarilah kesayanganmu jika mereka dilanda kegelapan ..
.. Gembirakanlah cintahatimu seandainya mereka bersedih ..
... Jangan pernah kau pamerkan kerisauanmu ...




.. Serangkap lagu yang sangat indah bait liriknya ..
... "Andainya aku pergi dulu sebelummu" ...
.. Janganlah kau bersedih hati ..
... Andainya aku tiada lagi ...
.. Janganlah kau memencil diri ..


###




.. Andainya aku pergi dulu sebelummu ..
... Kau lihatlah lautan luas ...
.. Kau dengarlah desiran ombak ..
... Kau mainlah bersama pasir di pantai ..
.. Kerana aku akan tetap di sisimu ..
... Berada jauh di sudut hatimu ...
.. Di setiap penghujung doa-doamu ..




(myra kata :: Hidup semakin pendek. Hargai setiap detik yang mendatang..)

Rabu, 12 Ogos 2009

Kesinambungan

(nukilan dari adinda tercinta.. sinambungan 'Hati Luka')..
.. Hati luka? Memang luka ..
... tp tak pernah aku endahkan luka di hati ...
.. x kuhiraukan parahnya hatiku ..
... Kerna sudah terlalu kebal untuk terluka lagi ...
.. Andai hatimu terluka ..
... Jangan biarkan rajukmu berpanjangan ...
.. Lihatlah mentari yang menyinar ..
... tetapkan terpancar cahaya ...
.. tanpa rajuk ..
... walaupun dirungut insani kerna kepanasan ...
.. Renungilah hujan ..
... tetap membasahi bumi ...
.. tanpa rajuk ..
... walau dimaki insani kerna kebanjiran ...
.. ketahuilah olehmu ..
... di sebalik semua kejadian itu ...
.. PASTI terselit rahmat dari DzatNYA ..
... yang tak terhingga nikmatNYA ...
......... Wallahualam ..........
(myra kata :: Thanx adik!! akak ada edit cket² tau..)